Pelakon Zuraini Kasim, 50, mengalami retak tulang belakang akibat kemalangan malam tadi. Dia kini mendapat rawatan di Hospital Kajang, Selangor.

Zuraini dilanggar kereta dari arah belakang semasa dalam perjalanan pulang daripada menghadiri majlis di Perbadanan Kemanjuan Filem Nasional (Finas) Hulu Kelang, malam tadi.

Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zack KOOL memaklumkan pasal Zuraini dalam laman sosial Facebooknya hari ini semasa melawat ahli Seniman itu di hospital tengah hari tadi.

“Zuraini sekarang berada di wad lelaki katil No.1 di Hospital Kajang, Selangor,” tulis Zack.