Banyak juga komen negatif yang diterima oleh penyanyi Zur Eda sejak memasuki pertandingan Gegar Vaganza yang kini sedang berlangsung. Lebih parah bila ada yang buat fitnah mengatakan dia kaki bomoh bila ada beberapa penyanyi jatuh sakit.

Eda akui dia terkilan juga bila ada yang sanggup membuat andaian sampai tahap perkara tahyul macam tu. Zur Eda terkeluar daripada saingan  minggu lalu. Dia tidak mahu fikir sangat perkara negatif sebaliknya pandang sudut positif. Apatah lagi tawaran mengadakan persembahan semakin banyak.