Pelakon Datin Seri Zizie Ezzette selamat melahirkan anak kembar lelaki sehari lebih awal daripada jangkaan.

Dia dijadualkan melahirkan bayi hari ini sempena hari ulangtahunnya yang ke-39. Zizie melahirkan bayi bayinya secara pembedahan di Pusat Perubatan Princecourt, Kuala Lumpur.

Zizie selamat melahirkan bayi kembar lelaki kira-kira pada pukul 5.48 pagi dan 5.50 pagi, semalam (29 Disember 2017).m

Anak anak Datuk Seri Bung Mokhtar Radin itu masing-masing dilahirkan dengan berat 2.74 kilogram dan 2.78 kilogram.

“Alhamdulillah, kedua-dua bayi sihat. Terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang telah mendoakan saya,” kata Zizie melalui akaun Instagramnya hari ini.

Zizie juga menganggap kehadiran bayi kembar itu sebagai hadiah awal yang sangat bermakna pada hari ulangtahunnya hari ini.