Pelakon Zizan Nin mengaku sudah sebulan bercerai dengan isterinya. Namun pelakon itu enggan mendedahkan punca mereka terpaksa membuat keputusan itu.

Dia juga enggan mengulas pasal dakwaan wujud orang ketiga dan tiada anak sebagai puncanya. Dia sebaliknya mengatakan, perceraian adalah jalan terbaik dan ia dibuat setelah berbincang secara baik dengan bekas isteri.