Penyanyi Ziana Zain mengakui dia bukanlah orang yang mudah membuka pintu hati kepada mana-mana lelaki. Dia kini lebih selesa menjalani hidup solo sebagai ibu tunggal.

Ziana, 50, tidak merancang pasal jodoh dan selagi perkara itu belum berlaku, dia tidak bersedia bercakap pasalnya. Dia juga tidak sunyi selepas ikatan perkahwinan selama 20 tahun relai kerana dia ada anak-anak di sisi.