Pelakon veteran pernah mengeluh apabila semakin kurang peluang mereka berlakon dalam sesebuah produksi.

Lebih nazak lagi apabila pihak stesen TV juga memainkan peranan menapis nama saranan pihak produksi.

Fadzil bersama pelakon Mustaqim Bahadon.

Sebab itu drama hari ini banyak yang menampilkan pelakon muda sebagai ibu. Malah ada watak ibu yang sebaya dengan pemeran watak si anak.

Penerbit Fadzil Teh daripada Zeel Produksi sentiasa menyediakan watak wanita berusia dalam produksinya bagi mengagih rezeki kepada mereka.

“Pada penerbit di luar sana bagilah ruang atau peluang kepada artis veteran untuk menumpang rezeki yang ada, ciptalah watak untuk mereka untuk menampung hidup mereka.

“saya dan penulis Zeel setiap kali ada projek akan menyelit watak untuk artis-artis veteran ni, lagi satu janganlah pulak penerbit ambik kesempatan nak bayar mereka RM100 satu hari sedih la mereka… ┬árezeki kongsilah bersama. Insya-Allah. Haraplah itu adalah sedekah kita untuk mereka.a

“Jangan kata artis kita tak ada duit pulak tapi kos hidup yg makin tinggi menyebabkan mereka dan kita hidup dalam tekanan,” tulis Fadzil dalam FBnya hari ini.