Persatuan Seniman Malaysia pada hari ini mengadakan Mesyuarat Agung Seniman ke 18 (Pemilihan) yang menyaksikan Presidennya Zed Zaidi menang tanpa tanding.

Nampaknha pada majlis yang berlangsung di Pawagam Mini P.Ramlee Finas Hulu
Kelang itu jasa Zed diakui oleh ahli-ahli Seniman yang berdaftar seramai 115 orang.

Zed Zaidi (tengah)

Dengan itu Mesyuarat Agung Seniman ini layak diteruskan mengikut perlembagaan Seniman fasal 10.

Mesyuarat Agung dimulakan dengan ucapan Presiden Seniman dan diikuti oleh
ucapan perasmian yang disempurnakan oleh Ahmd Idham Ahmad Nadzri
selaku Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

Exco baru.

“Seniman ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir bagi memberi sokongan dan dorongan untuk melancarkan proses Mesyuarat Agung Seniman yang ke 18 ini.

‘Sudah tentu ahli-ahli Seniman melakukan penilaian dan membuat ukuran
terhadap kepimpinan Seniman penggal yang lepas untuk memilih kepimpinan yang baru bagi penggal 2019-2022, “kata Setiausaha Agungnya Hafiz Nafiah.


Dia juga melafaz yukur kehadrat Allah kerana sekali Zed Zaidi berjaya
mempertahankan jawatan dengan menang tanpa bertanding sebagai Presiden untuk menerajui kepimpinan Seniman bagi penggal akan datang.

“Ini adalah hasil daripada gerak kerja beliau dan barisan Exco-Exco Seniman yang membawa pelbagai perubahan terhadap Persatuan dan dapat dinilai oleh ahli-ahli Seniman sendiri,” katanya.


Berikut adalah keputusan penuh pemilihan Seniman bagi penggal 2019-2022:
Presiden: Zed Zaidi
Timbalan Presiden: Zuraini Kassim
Setiausaha Agung: Hafiz Mohd Nafiah
Penolong Setiausaha: Rena Tan
Bendahari: Zarina Md Noor
Ecxo Seniman Malaysia
1. Salman Al-Farisi
2. Aliff Razali
3. Nor Azifah
4. Ayati Tasrip
5. Keena Mentor
6. Izzmad Harun
7. Sivakumar
Pemeriksa Kira-Kira
1. Samsuri Shahrom
2. Sharifah Muhammad


Sehubungan dengan itu, Mesyuarat pertama barisan kepimpinan Seniman akan diadakan dalam masa terdekat untuk melantik tiga lagi Exco tambahan Seniman oleh Presiden.

“Seniman amat terharu dengan sokongan majoriti yang diberikan oleh semua ahli yang hadir sebentar tadi.

“Seluruh Kepimpinan tertinggi serta Exco
Seniman yang baru dipilih ini ingin mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi atas kepercayaan yang diberikan oleh ahli-ahli Seniman, semoga kita dapat berkerjasama untuk memantapkan lagi perjalanan Seniman bagi penggal akan datang, “tambah Hafiz.