Jenama Zavouroche semakin dikenali dalam bidang fesyen apabila mengeluarkan fesyen eksklusif bertaraf tinggi untuk lelaki dan wanita.

Kini jenama yang dijelmakan oleh Estera Beauty International Sdn. Bhd. itu menerokai bidang makanan apabila mengusahakan Zavouroche Convention Centre di Shah Alam, Selangor. Dewan one stop centre itu dalam proses pengubahsuaian dan dijangka siap diguna April depan.

Inilah tapak asal bangunan Zavouroche Convention Centre.
Zavouroche beralamat 3A, Jalan Pasaran 23/5, Seksyen 23 Shah Alam, Selangor.

Zavouroche Convention Centre yang diletakkan di bawah Zavouroche Food Industries, anak syarikat Estera Beauty itu sudah mula menerima tempahan walaupun dewannya masih dalam proses akhir pengubahsuaian.

Chef Zainal menghiburkan tetamu.

“Setahu saya belum ada dewan acara di Lembah Klang dan Selangor yang memiliki dapur sendiri. Lazimnya makanan dibawa dari luar. Kami menyediakan dapur, bermakna makanan yang dihidangkan dibawa terus daripada dapur macam hidangan di hotel.

“Sekiranya makanan kehabisan juga, kami boleh memasak terus dari dapur. Itulah kelebihan yang kami tawarkan di Zavouroche Convnetion Centre,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Zavouroche Food Industries, Chef Zainal Mohamed Sa’ad semasa ditemui pada majlis pra pelancaran pusat tersebut.

Mereka boleh menyediakan dapur kerana tapak bekas kilang itu memiliki keluaran satu  ekar.  Sebelum ini tapak tersebut ialah kilang pengeluaran alat ganti automobil yang sudah berhenti operasi.

Pada majlis tersebut turut diadakan peragaan fesyen pengantin daripada salah satu vendor busana pengantin, SASES yang bekerjasama dengan mereka untuk memenuhi kehendak bakal pengantin.

Walaupun dewan itu mampu mengendalikan acara mewah, namun mereka menyasarkan kepada semua golongan dan menyediakan pakej yang  boleh dirunding mengikut kehendak pelanggan.

Mereka juga terbuka membuka peluang kepada pelanggan untuk membawa pihak luar bagi hiasan dekor dan sebagainya. Namun penyewaan dewan adalah secara pakej dengan penyediaan makanan. Bagi yang berminat untuk memilih dewan tersebut boleh bertanya terus ke 03-5542 300.