Penyanyi utama kumpulan Umbrella, Zarul masih dalam dilema sama ada mahu kembali terbang bersama Penerbangan Malaysia atau fokus kepada bidang seni sepenuhnya. Namun peminatnya pasti mahu Zarul kembali aktif.

Peramugara yang memenangi tempat ketiga Gegar Vaganza musim ketiga itu belum memberi kata putus. Sementelah dia masih ada lagi baki cuti tanpa gaji selama tiga minggu.

“Saya belum fikirkan pasalnya. Tengoklah dalam seminggu dua ini saya akan membuat keputusan,” kata Zarul. Rata-rata peminat mahu Zarul kembali aktif, apatah lagi namanya antara yang menjadi pujaan peminat baharu dalam GV.