Setiap kali bersua dengan kawan-kawan dan rakan media, pemenang tempat ketiga Gegar Vaganza 2016, Zarul Umbrella akan ditanya pasal statusnya sebagai pramugara MAS.

Adakah dia akan terus terbang selepas cutinya berakhir hujung tahun ini ataupun terus gantung seragam dan fokus kepada nyanyian semula?

gv-zarul“Cuti masih ada lagi… tunggulah pengumumannya nanti,” kata penyanyi yang kekal kacak dan awet muda pada usia 43 tahun itu.

Urmmm… Gondang Laser nampak daripada ayat-ayat tu macam menjurus ke arah bakal berhenti kerja jer.

Dia juga ada tanyakan kawan-kawan sekeliling sebelum membuat keputusan. Yalah berat juga keputusan yang bakal dibuat.

Gondang Laser pun sokong juga kalau Zarul berhenti kerja dan tumpukan pada kerjaya nyanyian. Yalah dulu dia jadi pramugara sebab dirinya dan kumpulan Umbrella semakin hari semakin sepi daripada kerja seni sehingga terpaksa cari kerja lain untuk meneruskan kehidupan.

Sekarang namanya melonjak kembali dan bolehlah kembali kepada kerjaya asal. Malah Gondang Laser dengar kumpulan Umbrella juga kembali mendapat undangan mengadakan persembahan. Musim cuti sekolah ni Umbrella turut muncul mengadakan persembahan di Pesta Pulau Pinang.

Tapi diam tak diam dah berbelas tahun sudah Zarul bekerja di awam biru, Pastilah rasa sayang pada kerja tetap ada. Apatah lagi kerjaya tetap itu menjanjikan pendapatan tetap bulanan. Dia juga pasti ada komitmen pinjaman dengan bank yang harus dilunas setiap bulan. Pinjaman perumahan misalnya.

Masa sembang-sembang dengan Zarul dulu, dia kata pinjaman kereta dan komitmen lain dah dilunaskan, tinggal pinjaman perumahan sahaja yang masih dia tanggung.

Harap Zarul membuat keputusan yang bijak. Pastinya dia sudah menghitung pendapatan yang boleh dijana selepas tiada gaji tetap secara bulanan nanti.

Godang Laser: Doakan yang terbaik untuk Zarul yang semakin ramai peminat ni.