Lama jugak pelakon Zarina Zainoordin tak muncul di media. Ada yang membuat telahan dia macam merajuk.

Masih aktif
Masih aktif

Kebetulan semasa hilang itu dia dikhabarkan baru putus cinta dengan seorang pelakon lelaki kacak.

“Saya tak merajuk dan tak hilang pun. Malah saya masih aktif berlakon, kebanyakkannya untuk siaran RTM.

“Tapi pada masa itu saya tukar talian telefon, jadi ramai yang tak dapat hubungi saya,” kata Zarina.

Zarina ditemui selepas persembahan zapin dan ghazal Johor, Gemilang Tanah Permata di Istana Budaya malam tadi.

Persembahan itu akan berterusan hingga Ahad ini. Turut muncul, Syura, Ayai Ilusi, Haziq, Ashraf Muslim, Soffi Jikan dan ramai lagi.

Keluarga tak mendesak suruh kahwin.
Keluarga tak mendesak suruh kahwin.

Mungkin sebab publisiti untuk drama di RTM tak rancak macam di stesen swasta, membuatkan dia dianggap menghilang.

Bekas peserta Akademi Fantasia itu juga masih diundang menyanyi, namun ia juga tiada promosi.

Ditebak pasal hati dan perasaan, Zarina akui sedang mengenali seseorang yang di luar bidang seni.

Namun enggan berkongsi lebih pasal hal itu. Pada usia 30 tahun kini, katanya perancangan ke arah lebih serius belum ada.

“Keluarga tak mendesak, saya tak ada rasa tertekan walaupun hanya saya dalam keluarga yang belum kahwin,” kata anak keempat daripada enam beradik itu.