Protege kepada penyanyi Siti Nordiana, Zaaim menjuarai program realiti Mentor 7 TV3, yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, malam tadi.

Zaaim atau nama sebenar Zaaim Abduah membawa pulang kereta tajaan Aerocar, wang tunai RM80,000 dan sebuah trofi.

Zaaim kanan dan Pasha.

Tempat kedua dimenangi protoge kepada Aizat iaitu Pasya dengan membawa pulang wang tunai RM40,000.Manakala tempat ketiga disandang Azmarul (protege kepada Hafiz) menerima wang tunai RM20,000.

Tempat keempat dimenangi protoge kepada Datuk Syafinaz iaitu Ranisha dan membawa pulang RM10,000.

Siti Nordiana dan Zaaim

Pada final, finalis mempersembahkan dua buah lagu iaitu secara solo dan berduet dengan artis jemputan.

Zaaim bersama Lan Solo berduet dalam lagu Gemuruh. Dia kemudian secara solo menyampaikan lagu Bukan Rayuan Gombal.

Azmirul bersama Ernie Zakri berduet Bagaikan Sakti diikuti persembahan solo Laksamana Raja Di Laut.

Ranisha pula berganding dengan Siti Sarah dalam lagu Beribu Sesalan. Dia kemudian menyampaikan lagu Listen secara solo.

Manakala Pasya berduet dengan Jaclyn Victor menerusi lagu Bohemian Rhapsody dan lagu solo Bunga Bunga Cinta.