Penyanyi Yuna dan pasangannya Adam Sinclair selamat bernikah di Bentong, Pahang, malam ini.

Mereka dinikahkan dalam satu majlis sederhana yang dihadiri keluarga dan teman terdekat.

Berikut kenyataan rasmi daripada Yuna Room Records:

“Kami dengan rendah diri ingin mengumumkan Majlis Pernikahan antara Adam Yousof Bin Mohamed Sinclair dan Yunalis Bt. Dato’ Mat Zara’ai pada 26  Januari 2018 bertempat di Puncak Rimba, Bentong, Pahang.

“Yuna yang berwalikan ayahandanya selamat diijabkabulkan dengan Adam dengan sekali lafaz. Ustaz Azmi dari Majlis Agama Bentong, Pahang telah menyempurnakan majlis pernikahan tersebut pada jam 7.00 petang.

“Pihak Adam memberi tujuh dulang hantaran manakala pihak Yuna membalas dengan sembilan dulang hantaran. Majlis Pernikahan Adam dan Yuna berjalan dengan lancar dan dihadiri 300 orang keluarga dan rakan-rakan terdekat dari Malaysia dan United States.

“Kedua-dua mempelai ingin mengucapkan terima kasih atas doa dan sokongan dari semua pihak.”

Yuna dan suami iaitu adik kepada pelakon Ashraf Sinclair itu akan mengadakan sidang media pasal pernikahan mereka esok di Putrajaya.

Wedding photo by : weddingsbyqay Decoration by         : the_calla

Dress by                   : hattadolmat_