Penyanyi nasyid dan komposer Hafiz Hamidun beranggapan saluran Youtube adalah media terbaik untuk mempromosikan muzik.

Sebab itu dia menasihati mana-mana komposer agar tidak kecewa bila lagu mereka tidak mendapat tempat di corong radio.

Hafiz memuatnaik status berkaitan isu itu di laman Facebooknya hari ini.

“For me, it’s simple. AS a singer, composer, arranger, and music producer, I believe akhirnya it’s about rezeki masing-masing la bro.

“Walaupun saya ni nasyid singer, saya produce muzik lain jugak. Walaupun you rock singer ke rappers ke, bila you dapat job produce different genre, you should challenge your self to deliver your very best. Client suka, you ikhlas berkarya, you got your commission, label and artist dapat royalty from sales, kan bagus. Win-win.

“Never blame the radio for NOT playing your music and playing OTHERS. You should clearly understand how it works. There is always another channel to promote and publish your music. I hope you realize, YouTube is the most effective ways to deliver your music work.

“Nevertheless, if tak da orang views sampai juta-juta pun, tak bermakna your music tu busuk. Ada views berjuta pun tak bermakna it’s the best. The viewers are consuming what you are delivering.

“So, to the newcomers out there, kentalkan hati. Mesti ada haters bila kejayaan dah mula digenggam. Aku yang tak da apa pun orang nak kecam. Apatah lagi kalau video kau dah mencecah 40 juta (hey, that’s a high benchmark for Malaysian music) mestilah bertebaran haters dan pengkritik. Bila kena komen jangan melatah.

“Nah, ini sekadar status panjang bukan ditujukan khusus kepada sesiapa. Sekadar merumuskan apa yang aku baca di sana sini.

Thanks. Hafiz Hamidun,” tulis Hafiz.