Kumpulan May dan XPDC kembali bergabung dalam sebuah konsert besar, Konsert Metal Return 1.0 Live di Stadium Ipoh, Perak pada 15 Disember ini.
Kedua-dua kumpulan itu tidak sabar mengjiburkan peminat mereka kerana sudah lama tidak bergabung dalam sebuah konsert.May muncul bersama anggota asal manakala XPDC muncul bersama barisan anggota bersama Ali sebagai penyanyi utamanya.

Mus dan Ali

Konsert itu dibawakan oleh Ladyboss Studio yang beroperasi dari Ipoh.
“Konsert ini sangat bermakna kerana May sendiri sudah lama tidak mengadakan konsert di Perak. Kumpulan May ni berasal dari Perak,” kata penyanyi utama May, Mus.
Penyanyi utama XPDC juga tidak anggap kemunculan barisan itu sebagai mengelirukan peminat dengan barisan yang bersama Mail selaku penyanyi utama.
“Peminat XPDC sudah tahu barisan ini, ia bukan satu masalah. Lagipun kami ada album baharu dan lagu-lagu baharu itupun akan dipersembahkan,” kata Ali pada sidang media di Restoren Rebung, Kuala Lumpur petang ini.
Selain konsert yang dijadualkan bermula pukul 9.00 malam, ada pelbagai acara  bermula pukul 12.00 tengah hari.
Penganjur sajikan persembahan band undangan antaranya Farasu, Sparrow, Gfoss, Rockviral dan banyak lagi. Ada juga acara sampingan pertandingan Kap-chai Supreme Hero 1.0 bermula pukul 10.00 pagi.
Tiket VIP Zone berharga RM150 manakala Metal Zone pada harga RM95 dan RM60. Pembeli tiket kategori VIP berpeluang hadir sesi meet and greet dalam majlis hi tea dan sehelai T-shirt ekskkusif. Pembeli kategori Metal Zone RM95 juga akan mendapat T-shirt.
Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 017-5787728 dan 019-5578855.