Tugasan bintang Gegar Vaganza minggu ini kononnya menyanyikan lagu pilihan media. Baru-baru ini sekumpulan media dipanggil untuk berbincang pasal lagu tugasan peserta untuk minggu seperuh akhir.

Namun media kecewa bila ada artis yang tidak mahu menyahut cabaran sebaliknya mahu nyanyi lagu pilihan sendiri. Kalau dah tak ada lagu pilihan media, sepatutnya pihak Astro tak perlulah umumkan lagu-lagu tersebut sebagai lagu pilihan media.

Pengumuman itu membuatkan wartawan hiburan pula ¬†menjadi bahan kutukan netizen kerana memilih lagu yang ‘tak sedap’ dan ‘entah apa apa’. Kononnya media pula bersekongkol memberi laluan mudah kepada Nora apabila dia diumumkan menyanyikan lagu sendiri, Sandiwara Ahad ini.