Penyanyi muda Wany Hasrita terpaksa ditahan di wad kerana selesema akibat tidak cukup rehat. Dia dijangkiti virus influenza B.

Ibunya Norita Jaafar memberitahu Wany mengadu kurang sihat sejak seminggu lalu namun dia masih meneruskan undangan mengadakan persembahan. Namun Wany memohon maaf kerana tidak dapat hadir dalam satu acara di Selangor, semalam kerana masalah kesihatan.