Penampilan terkini pelakon Zoey Rahman nampak semakin macho. Dah lari daripada imej kebudak-budakan yang sinonim dengan dirinya dulu.

Namun di sebalik perubahan wajah dia tu, ada yang kata pelakon asal Terengganu itu buat muka. Maksudnya membuat pembedahan kosmetik untuk mencantikkan wajah. Benar kah?

Makin macho gaya Zoey.

Gondang Laser tak mahu mengesahkan kerana GL pun tak pasti sebab tak sempat nak belek sendiri muka Zoey tu. Tapi pada pandangan mata kasar GL pun, nampak jugalah kelainan pada wajahnya, terutamanya bahagian dagu yang terbelah dua itu.

Penampilan dahulu. Nilailah sendiri.

Netizen membahaskan perubahan penampilan Zoey. Rata-ranya membuat kesimpulan Zoey buat muka. Tak kurang juga yang mengkritiknya.

“Dulu2 si zoey ni muka babyface dengan dagu runcing tapi sekarang ni dagu dia dah tk runcing tapi terbelah gitu….mmg sah2 dia operate,” tulis seorang netizen dalam laman berkaitan gosip artis.

Bukan sekali Zoey dikaitkan dengan suntik wajah, Sebelun ini bila dagunya kelihatan runcng ada yang membuatandaian dia suntik dagu.

Zoey pernah menafikannya tidak lama dulu. Malah gambar zaman awal remaja Zoey pun nampak dagunya yang runcing.

Kini isu dagunya yang berbentuk terbelah di tengah pula jadi perhatian netizen apabila melihat gambar-gambar yang dimuat naik oleh Zoey di laman sosialnya.

“Tahniah dagu dah belah. Dagu belah memang sexy. I like. Tapi kalau tak ori… Hmm,” tulis seorang netizan pasalnya.

Ada juga netizen yang mengatakan Zoey membuat pembedahan wajah kerana mahu nampak matang  dan lari daripada imej remaja. Tak tahulah iya ke idok. Hanya tuan badan yang tahu.

“Tu le pasal…..dah chomel dagu runcing muka babyface, dia pi alter buat dagu terbelah…..mmg sangat tak sesuai dgn muka dia,” luah seorang netizen.

“Kalau si Zoey ni tak mengaku operate dagu tak tau la. Jangan pula dia kata dagu dia berubah seiring dengan proses penuaan dan peningkatan umur,” tulis seorang lagi pengikut laman gosip dalam komennya.


Gondang Laser:
¬† Tak mahu komen banyaklah….