Persembahan yang dinamakan Wadira: Limau Nipis Naga Berseru itu menampilkan pelakon popular Sabri Yunus yang membuat kemunculan istimewa bersama penyajak Lim Swee Tin. Pasti menarik persembahannya. Kepada peminat teater tradsional itu bolehlah ke Matic.

Sabri Yunus undangan istimewa.

WADIRA merupakan singkatan atau aktonim ‘Wayang kulit’, ‘Dikir barat’ dan ‘Menora.’ Pementasannya untuk menghidupkan kesenian tradisional di pentas kebangsaan dan antarabangsa serta mendekatkan masyarakat dengan pelbagai keseian rakyat yang diwarisi turun-temurun.

Penganjur juga mahu mengembangkan persembahan tradisional secara lebih lengkap demi melestarikannya, mendukung hasrat Kebubudayaan Kebangsaan. mengetengahkan pelbagai bentuk hiburan secara sihat serta menyajikan pendidikan secara tidak langsung, antaranya nilai murni, nilai moral dan nilai kemanusiaan.

SINOPSIS:

Kisah diangkat daripada ceritera dalam persembahan menora yang terkenal dan seringkali dipentaskan di negeri kelantan sejak zaman-berzaman.

Kisah ini menceritakan pemerintahan seorang raja yang berpermaisurikan bota yang menyamar sebagai manusia untuk merampas kuasa kerajaan di sebuah negeri yang makmur dan aman sejahtera.

Permaisuri raja telah diusir. Manakala, puteranya diperintahkan ke hutan konon untuk mencari ubat yang dinamakan ‘limau nipis naga berseru’.

Bagaimanapun sang putera mengetahui bahawa ini hanyalah muslihat kerana putera sebenarnya sudah mengetahui identiti sebenar ibu bota yang merupa sebagai manusia.

Akhirnya kejahatan ibu bota dapat ditewaskan oleh putera.

Persembahan wayang kulit yang diselang-sli dengan dikir barat yang bertindak seumpama narator, dan menora sebagai peneraju utama. Teater ini berjalan selama satu jam 15 minit.