vivo Memperkenal Telefon Swafoto V7 Terbaharu Untuk Pengguna

Kuala Lumpur, 22 November 2017 – vivo, syarikat telefon pintar terkemuka memperkenalkan V7 hari ini, khas kepada pengguna di Malaysia untuk mendapati hasil swafoto yang berkualiti. V7 dilengkapi dengan teknologi terkini termasuklah kamera hadapan 24MP dan paparan skrip penuh. V7 adalah hasil usaha berterusan vivo dalam memahami kehendak pelanggan mereka yang terdiri dari golongan muda, serta memastikan syarikat terus berkembang dan dikenali secara global sebagai penyedia telefon pintar yang versatil dan dinamik

.

“Sebagai pengguna yang sentiasa aktif di media sosial, telefon pintar yang mempunyai pelbagai fungsi dan ciri-ciri yang canggih amat penting kepada saya. Dengan adanya Paparan FullViewTM serta kamera depan 24MP, vivo V7 dapta memenuhi keperluan saya. V7 membantu saya menangkap detik-detik bermakna dan selfie saya memudahkan saya untuk berinteraksi dengan peminat,” kata Janna Nick selaku duta vivo V7+.

Gambar dan Swafoto Lebih Jelas Dengan V7
V7 dihasilkan dengan kepakaran vivo dalam teknologi swafoto. Kamera hadapan V7 mengekalkan warna foto dan pemandangan asli setiap masa, serta membolehkan pengguna menonjolkan keperibadian mereka pada setiap masa, di mana sahaja. Teknologi Face Beauty 7.0 menjadikan swafoto lebih terang walaupun diambil dalam persekitaran yang gelap. Mod potret V7 memfokuskan pada subjek foto sama seperti yang dihasilkan oleh kamera DSLR.

18:9 Skrin Membawa Pengalaman Sempurna
V7 hadir dengan paparan ratio 18:9 pada skrin bersaiz 5.7 inci, yang memberikan lebih 12.5% paparan berbanding telefon skrin 16:9 yang biasa. Vivo V7 turut dilengkapi oleh cip lapan teras 64-bit Qualcomm CPU dan RAM sebesar 4GB, agar pengguna menikmati kepantasan pemprossessan terbaik. Antaramuka Funtouch 3.2 juga lebih mesra pengguna dan menjadikan V7 telefon terbaik untuk dimiliki. Selain pengesan cap jari, V7 turut dilengkapi teknologi pengecaman wajah Vivo. Ia mampu mengenalpasti lebih 100 titik perbezaan pada wajah manusia.

V7 bakal dijual bermula pada 25 November 2017 dalam warna Crown Gold dan Matte Black pada harga RM1,299 di kedai-kedai konsep vivo, kedai-kedai rakan vivo serta pasaran e-dagang. Manakala, pra-tempah untuk V7 akan bemula daripada 20 hingga 24 November 2017 di Lazada.