Sejak beberapa minggu lalu terdapat satu mesej WhatApps yang tular di kalangan masyarakat kita berkenaan sebuah restoran yang disyaki menghidangkan makanan yang diragui status halalnya.

Kebetulan nama restoren itu seakan akan sama dengan nama cafe milik Ruhil Shafinaz dan suaminya pelakon Gibran Agi iaitu Bungalawang Cafe.

Ekorannya Bungalawang Cafe dapat tempias apabila ada salah anggap dengan restoren tersebut, Restaurant Bunga Lawang.

“Pihak kami sama sekali tidak tahu tentang kesahihan komen ini. Bagaimanapun, untuk rujukan, berikut adalah WhatApps tersebut :
” Tolong sahabat2 grup….hebahkan isu ini…
Restaurant Bunga Lawang Desa Cempaka dan Chaterfield KLIA adalah ownernya Cina dan India. Yang menjadi isu di sini ialah suppliersnya rata-rata semuanya Cina. Was was dari segi penyembelihan ayam untuk nasi ayam dan supply ikan keli Cina ternak bagi makan usus babi. Saya hanya kerja sebulan di restoran kat KLIA tu. Walaupun dibayar gaji tinggi, saya berhenti kerja kerana saya tak sanggup lihat kebanyakan orang yang balik Umrah singgah makan di situ. Saya hanya sarankan kalau boleh jangan pergi makan kat kedai Bunga Lawang. Was was penyembelihan ayam tidak mengikut hukum syarak. Yg halal dan haram adalah jelas. Yg RAGU lebih elok tinggalkan sahaja. Bukan racist tapi tuntutan agama kita bersama. BANYAK PILIHAN LAIN YG IKUT SYARAK, ” kata pengasasnya Ruhil Shafinaz.

Ruhil Shafinaz mengaku ekoran mesej tukar itu restorennya kena tempias salah sangka. Ekorannya dia telah membuat laporan polis.

“Berdasarkan konten di atas, terdapat beberapa fakta yang ingin kami tekankan di sini:

” Nama restoran di dalam mesej tersebut ialah Restoran Bunga Lawang. Nama restoran kami adalah BUNGALAWANG CAFE. Ada perbezaan sebenarnya.

“Lokasi restoran yang diperkatakan itu sebenarnya JELAS dikatakan berada di Desa Cempaka dan Klia. Kami ada di BANDAR BARU BANGI.

Mesej tersebut dengan jelas mendakwa pemiliknya orang Cina dan India. Kami orang MELAYU yang cuba mengangkat makanan Melayu.

“Kami menyedari tentang mesej ini beberapa minggu lepas. Kami tidak pedulikan kerana isunya biasa dan sering kita jumpa dan baca saban hari. Tapi kemudiannya kami terima informasi yang orang ramai telah mulai menyebarkan WhatApps tersebut beserta sekali dengan gambar hadapan BungaLawang Cafe di Bangi. Jelas terdapat pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk menganiaya kami. Ini adalah suatu bentuk fitnah yang sangat jahat dan membunuh.

Gibran dan Norman Hakim

Masyarakat kita .ramai yan malas membaca. Mereka melihat gambar restoran kami dan terus membuat hukum tanpa usul periksa. Kesannya orang ramai menjauhi restoran kami.

“Disebabkan masih ada lagi pihak yang menyebarkan perkara ni, kami telah membuat laporan polis dan memohon pihak MCMC mengambil tindakan yang sewajarnya,” katanya lagi.

Ruhil Shafinaz juga berharap tidak ada lagi kekeliruan yang timbul dengan penjelasan itu.

Ruhil dan Azrinaz Mazhar Hakim