Lagu lama yang pernah popular di kalangan orang lama, Vespa Haji Samad kembali tular apabila ada sekumpulan lelaki mempersembahkannya.

Lagu tersebut kembali tular apabila ramai anak muda mengimbau kenangan semasa kanak kanak yang pernah mendengarnya.

Lagu tersebut pernah dirakam oleh Pak Ku Shadat dan sering dinyanyikan dalam majlis berendoi dan majlis keraian yang lain.

Ini dia lirik penuh lagu tersebut

Vespa Haji Samad – Pak Ku Shadat

Halom mu halom Vespa Haji Samad
Tayarnya lincin macam piring ayaq hangat
Setat tak jalan dia pun naik hangat
Lalu dijual kepada Tok Saad

Mutu Tok Saad engkonya patah
Lalu diikat dengan talinya getah
Bila setat mutu Tok Saad naik latah
Lalu dibelah pokok jering dan pokok getah

Halom mu halom Vespa Haji Samad
Tayarnya lincin macam piring ayaq hangat
Setat tak jalan dia pun naik hangat
Lalu dijual kepada Tok Saad

Dua tiga minit Tok Saad jatuh pengsan
Lalu dibawak teruih masuk ke hospital
Sampai di wad Tok Saad tak ketahuan
Cucuklah satu jarum dia panggil tok dan tokwan

Halom mu halom Vespa Haji Samad
Tayarnya lincin macam piring ayaq hangat
Setat tak jalan dia pun naik hangat
Lalu dijual kepada Tok Saad

Tok Saad naik mutu dia tak reti
Laju punya laju Tok Saad jatuh titi
Patahnya gigi tinggal pula gusi
Lalu Tok Saad duduk susah hati

Halom mu halom Vespa Haji Samad
Tayarnya lincin macam piring ayaq hangat
Setat tak jalan dia pun naik hangat
Lalu dijual kepada Tok Saad

Kita naik mutu kena cukup lengkap
Bila polis periksa kita boleh tunjuk jawab
Jika tak salah polis pun tak tangkap
Seumoq hidup tak kenai pintu lokap

Halom mu halom Vespa Haji Samad
Tayarnya lincin macam piring ayaq hangat
Setat tak  jalan dia pun naik hangat
Lalu dijual kepada Tok Saad

Kita naik mutu kena ikut keadaan
Tak kira laki-laki dan jugak perempuan
Jangan diikuti dalam hati perasaan
Akhirnya akhir mati tepi jalan

Halom mu halom Vespa Haji Samad
Tayarnya lincin macam piring ayaq hangat
Setat tak  jalan dia pun naik hangat
Lalu dijual kepada Tok Saad

Tok Saad naik mutu dia tak paham undang-undang
Laju punya laju belaga dengan tiang
Patah kaki tangan sakit pula pinggang
Cari bomoh kampung pemasuk urat tulang

Halom mu halum Vespa Haji Samad
Tayarnya lincin macam piring ayaq hangat
Setat tak jalan dia pun naik hangat
Lalu dijual kepada Tok Saad

Tok Saad lah naik mutu dia tak serik lagi
Lempaq Vespa buruk dia beli Suzuki
Naik punya laju belaga dengan lori
Kisah Tok Saad berakhir di sini