Pasangan duet popular sepanjang zaman, Uji & Hail mengajak ramai ramai peminat lagu retro ke Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 1 dan 2 Februari ini.

Mereka mahu mengimbau nostalgia lagu lagu popular era zaman muda mereka yang penuh warna warni.

Uji Rashid

Uji Rashid pada zaman remajanya ibarat Siti Nurhaliza yang dipuja ramai manakala Hail Amir itulah Fattah Amin era mereka.

Kisah mereka sering jadi buruan sehingga adanya kain jenama Uji Rashid. Malah ada ikan digelar ikan Uji Rashid.

Siapa yang boleh lupa hangatnya bulu dada Hail Amir dengan dihiasi kalong hujung tanduk di tengah tengah dada.

Mereka juga mahu dikahwinkan oleh peminat kerana serasi di pentas dan di layar. Itulah antara isi nostalgia yang akan dipersembahkan selama dua malam di Panggung Sari.

Hail Amir

Selain mereka, konsert turut dijayakan Jay Jay, Dayangku Intan, Lan Solo dan Asmidar Ahmad.

Temui mereka di Istana Budaya.

Belum ada tiket? Boleh tempah di Istana Budaya.