Setelah tiga minggu berniaga nasi campur di Warung Teringin By Shima, ada sahaja cercaan yang penyanyi Shima terima.

Ada yang perlekeh kerana dia hanya mengusahakan warung tepi jalan sebagai pemula langkah berniaga.

Namun penyanyi itu pekakkan telinga dan tak mahu fikirkan mulut jahat orang. Dia fokus kepada usahanya. 

Shima melayan pelanggan

Semasa Gondang Online singgah di warungnya tadi, kelihatan jualannya laris. Malah semasa nasi sudah habis pun masih ada pelanggan yang datang. 

Ada juga peminat yang membeli makanan dan mengambil peluang bergambar bersamanya. Shima melayan dengan baik. 

Shima masih belum bersara dan masih mahu mengadakan persembahan walaupun dia kini sudah berhijab dengan mengenakan jubah dan tudung labuh.