Pasti ada yang ragu apabila pelakon Que Haidar diangkat selaku guru kepada peserta Manhajj Mutawwif 2 yang bakal disiarkan di Astro Oasis tidak lama lagi.

Malah Que sendiri cuak dan mengadakan perbincangan dengan pihak produksi untuk tahu apakah peranannya.

Setelah memahami yang kehadirannya sebagai penunjuk cara persembahan pentas, baharulah dia terima.

“Kerja saya sebagai guru persembahan. Peserta terlebih dahulu mendapat tunjuk ajar ustaz untuk isi persembahan. Selepas itu baharulah saya perkemaskan persembahan setelah mereka bentangkan konsep yang mahu dipersembahkan.

“Saya seronok dengan program ini dan saya sendiri juga dapat ilmu berkaitan agama dan urusan umrah,” kata Que Haidar.

Que juga ada cara untuk memudahkan urusan pembelajaran. Dia terapkan hubungan abang adik dengan pelajarnya.

“Mereka ini cepat belajar dan saya seronok bersama mereka,” tambah Que.

Ikuti temuramah eksklusif bersama Que Haidar pasal peranannya sebagai pengajar Manhajj Mutawwif 2.

Program itu menampilkan Sharifah Shahirah dan Amin Idris sebagai pengacara.