Pengurus artis bertaraf selebriti, Jojie Aminuddin sudah hilang seketika daripada radar seni apabila berpisah dengan adiknya, Ella.

Jojie dan Ella membawa haluan sendiri selepas masing-masing bertemu jodoh. Jojie beri tumpuan pada perniagaan bersama suami, Syahrizal Ismail.

Tiba-tiba Jojie kembali sebagai pengurus artis apabila bertemu dengan Azharina yang sememangnya mahu memiliki pengurus untuk lebih maju ke hadapan.

Saling mengagumi

“Saya kagum dengan kelebihan Jojie yang sudah berjaya membawa nama Ella ke tempat tertinggi dan sangat teruja bekerjasama,” kata Azharina.

Jojie juga kagum dengan bakat besar Azharina sebab itulah dia sedia kembali dan merangka banyak benda bersama Azharina.

Jojie turut menafikan berlaku perselisihan faham di antaranya dan Ella sebaliknya menjelaskan mereka sudah berbincang lama untuk bawa haluan sendiri selepas berkahwin.

Ikuti pencerahan Azharina dan Jojie pasal kerjasama mereka.