Percubaan seorang anak muda, Ahmad Mursalin Ambiak berniaga apam balik resipi ibu sejak setahun lalu membuahkan hasil.

Gerai anak muda berusia 24 tahun itu terletak di belakang stesen petrol Petronas Taman Medan Petaling Jaya. Namanya Apam Balik Sri Bonda.

Mat Yo antara pelanggannya.

Ternyata keputusannya berhenti kerja sebagai pemandu lori berbaloi. Semakin hari semakin maju.

Yang membuatkan apam baliknya viral sebab rasanya yang enak. Ditambah pula Mursalin ni seorang yang kacak dan peramah walaupun sedikit pemalu.

Setiap hari berniaga dia mampu menjual 1000 keping. Maju sungguh bisnes Mursalin ni ya.

Resipi istimewa Apam Balik Sri Bonda

Dia juga menerima tempahan menyediakan apam balik untuk acara keraian termasuk majlis perkahwinan.

Kalau ada yang mahu menempah boleh hubungi talian 013 3800054. Paling kurang dia boleh terima tempahan sebanyak 1000 keping.

“Kalau ada tempahan untuk majlis, saya akan tutup gerai, sebab saya seorang sahaja yang menguruskannya. Tapi kalau tempahan lebih 1000 keping saya minta tolong kawanlah,” kata Mursalin.

Dia juga pernah dapat tempahan daripada artis.

Ikuti video yang disediakan GondangTV berkait gerai Apam Balik Sri Bonda yang kini viral. Jangan lupa subscribe ya.