BEKAS penyanyi kumpulan rock Melissa, Ustaz Radzi Abdul Hamid meninggal dunia ketika menjayakan persembahan di Panggung Anniversari, Kuala Lumpur pukul 10.30 malam tadi.
Ketika itu, Ustaz Radzi atau nama baharu memulakan persembahan dengan lagu pertama berjudul Kami Mat Rock, sebelum tiba-tiba rebah di atas pentas.

Arwah dikatakan sesak nafas akibat kekurangan oksigen semasa beraksi. Ustaz Radzi sudah lama berhijrah dan berdakwah menerusi muzik.

“22 Disember 2018 .. Innallilahi Wainailaihi rojiun … gambar terakhir jam 8. 00 malam. saya bersama Allahyarham  Ustaz Radzi Melissa. Ustaz menghembuskan nafas terakhir dalam lingkungan jam 11:15 / 11:20 malam akibat kekurangan oksigen. Jatuh di pentas hanya beberapa saat lagu pertama dan dibawa terus ke bilik untuk diberi rawatan kecemasan dalam jam 10 lebih.

“Niat beliau berdakwah dalam lagu malam ni. Jangan pandang siapa dia tapi kita lihat kepada amalan beliau. Al Fatihah,” kongsi rakan industri muzik, Ayob Abdul Majid.