Pelakon Syarul Ridzwan kini menggunakan nama Saharul Ridzwan. Pasal apa agaknya? Pelakon itu mengaku berbuat demikian selepas mendengar nasihat seorang ustaz. Ia juga demi kebaikan.

saharul“Ramai yang tanya kenapa saya tukar nama. Inilah sebabnya (nasihat ustaz ). Lagipun, memang ini nama sebenar saya.

“Jadi sepatutnya saya berbangga dengan nama saya kan? Susah payah umi abah bagi nama waktu saya lahir dulu,” kata Saharul dalam laman facebook hari ini.

Posting tersebut turut dilampirkan pautan dan foto kenyataannya kepada  BHOnline

Apatah lagu ‘syarul’ membawa maksud yang tidak elok dalam bahasa Arab, iaitu sejahat jahat manusia.

Semalam Saharul membuat pengumuman berkaitan penukaran nama komersilnya dalam laman sosial.

Inilah pengumumannya:

PENGUMUMAN PENTING!!!!

Nama Syarul Ridzwan telah pun ditukar kepada nama sebenar saya iaitu Saharul Ridzwan : @saharulridzwan. Ini adalah kerana TIADA SEBAB itu ada lah nama sebenar saya dalam MyKad. Heheheh. Tapi panggilan masih lagi boleh dipanggil sebagai Syarul dan masih lagi SR.