MAJALAH hiburan paling popular URTV terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd (UKSB) kini sebagai satu-satunya majalah hiburan tempatan dan dunia mempunyai perniagaan minyak wangi jenama sendiri.

Ia hasil jalinan kerjasama strategik bersama-sama syarikat Sireh Emas Marketing. Walaupun baharu sahaja di pasaran, minyak wangi jenama URTV sudah mendapat sambutan menggalakkan.

Gimik pelancaran bersama ahli silap mata terkenal Mahdi Moudini.
Haiza dan Epul menghiburkan pengunjung pada majlis pelancaran.

Baru-baru ini berlangsungnya majlis pelancaran wajah baru dan dua haruman URTV, Gossip dan Scandal di pentas utama, ruang legar Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 (PBAKL).

Minyak wangi URTV semakin mendapat sambutan.

Majlis pelancaran ini diserikan dengan persembahan dua artis popular Haiza dan Sufian Suhaimi sebagai hiburan buat tetamu dan jemputan yang hadir sebelum acara gimik dilangsungkan oleh ahli silap mata terkenal bertaraf dunia Mahdi Moudini.

Majlis perasmian ini juga dihangatkan dengan persembahan tarian istimewa oleh pelakon-pelakon baru filem Buruan.

Para tetamu kehormat yang hadir dalam majlis ini adalah Penolong Ketua Pengarang, Kumpulan Utusan, Ybhg. Datuk Mohd Hassan Mohammed Nor; Pengarah Eksekutif selaku Ketua Pengarang Majalah UKSB, Encik Arffin Nordin; Pengurus Kanan Operasi UKSB, Encik Azlan Abdul Aziz; Ketua Pegawai Eksekutif Sireh Emas Marketing, Puan Nik Juzailah Juhari; Pengarah Sireh Emas Marketing, Encik Azrui Nizam Itam; Pengarang Kanan Unit Majalah Umum, Encik Noor Joha Ahmad dan Pengarang Majalah URTV, Huzz.

Sedikit info ringkas, minyak wangi URTV SCANDAL dengan ramuan hebat diterbitkan untuk lelaki dan URTV GOSSIP punya bauan istimewa sesuai untuk wanita. Nama sensasi itu dipilih kerana biasa menjadi bualan dalam dunia hiburan. Namun, ia sekadar gimik nama pada haruman ini.

Istimewanya, haruman ini  mesra wuduk. Boleh diguna tanpa was-was. Harga sebotol ialah RM79 dan hanya diterbitkan dalam  50ml.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada penaja bersama iaitu pihak Sireh Emas Marketing bagi produk khusus untuk wanita dan minyak wangi, goodies dari Mamee-Double Decker (M) Sdn Bhd, Home Made Chocolate Dip LOLA dan Pa’ Maon Pomade.