Pelakon Izreen Azminda dan majalah hiburan URTV dikecam netizen apabila isu Naluri Isteri Ke2 menjadi inti utama liputan majalah itu untuk edisi Februari.

Izreen dan Adira menjadi penghias muka depan dengan tajuk utama Naluri Isteri Ke 2 -Izreen & Adira.

Inilah cover yang dikritik

Izreen dikecam teruk apabila URTV memuatkan gambar cover majalah itu dalam laman Instagramnya.

Ada yang mempertikaikan pasal apa URTV memilih tema tersebut untuk edisi bulan ini.

Ada yang secara terang terangan mengatakan tidak akan membeli URTV kali ini kerana kecewa dengan paparan naluri Izreen.

Gaya Izreen yang mendongak juga jadi sasaran kononnya bangga sangat jadi perampas dan perosak rumah tangga.

Kesian Izreen tak habis habis dikecam netizen. Namun Adira tidak pula disentuh. Mungkin kerana isu kahwin Adira tidak sehangat kisah Izreen.