Sebelum ini penerbit teater Ombak Rindu belum bersedia dedahkan pemegang watak Izzah untuk pementasan di Istana Budaya.

IMG_20160303_49229Akhirnya terbongkar bila pelakon Uqasha Senrose membuat pengumuman di laman IGnya semalam.

Pengumuman dalam bentuk video itu menunjukkan keterujaannya untuk berlakon teater tersebut.

Pelakon Tundukkan Playboy Itu di TV3, berjanji membuat yang terbaik bila dapat peluang berlakon teater tersebut.

Sebelum ini penerbitnya, Siti Rohayah Attan berkata pihak produksi memerlukan pelakon tidak bertudung untuk watak itu.IMG_20160303_42482

Adakah Uqasha akan membuka tudung dalam babak babak tertentu? Atau pihak produksi sudah menukar pendirian dan sedia menerima pelakon yang tampil berhijab? Tunggulah bila ia dipentaskan April ini.

Uqasha akan berganding dengan Keith Foo yang memegang watak Hariz. Turut berlakon Izzue Islam, Ariz Forteen dan ramai lagi.