Syarikat Universal Music masih aktif menerbitkan album dalam format cakera padat. Mereka masih ada saluran untuk memasarkannya walaupun kedai muzik semakin mengecil.

Antaranya mereka bekerjasama dengan Lazada dalam memasarkan album secara online. Tak kurang juga peinat tegar muzik tempatan yang menjadi ejen secara tidak langsung menjual menerusi laman sosial masing-masing.

Sempena Aidilfitri tahun ini Universal memasarkan empat album bertema hari raya iaitu kompilasi Jom Raya Uollz, Di Ramadan Ini serta dua album yang dipasarkan semula, Bergembira Di Hari Raya dan Sudirman Balik Kampung. Album dilancarkan oleh Pengarah Urusan Universal Malaysia dan Singapura, Kenny Ong.

Amy memperdengarkan lagu raya terbaru.

Majlis pelancarannya diadakan sempena Iftar Ramadan Bersama Universal di Hotel Concorde Kuala Lumpur baru-baru ini. Pada majlis tersebut juga diperkenalkan tiga buah lagu bertema hari raya baharu nyanyian Ning Baizura, Amy Serach serta duet Zaiton Sameon dna Syed Wafa.

Antara artis yang memeriahkan majlis termasuk, Uji Rashid, Aman Shah, Sahara Yaacob, Fauziah Latiff, Fathia Latiff, Amy Search, Zaiton Sameon, Bunkface, Datuk David Arumugam, kumpulan Juntion dan ramai lagi. Majlis turut meraikan anak anak yatim dari Rumah Anak Anak Yatim Darul Kifayyah Kuala Lumpur.