Penyanyi popular sejak tahun 70-an, Uji Rashid dilantik sebagai ikon produk kecantikan dan kesihatan Aura Anggun kerana keserasiannya dengan produk tersebut.

Uji akui dia seorang yang cerewet berkaitan penggunaan produk kesihatan, namun sedia dikaitkan dengan produk itu.

“Saya ni seorang yang payah nak percayakan sesuatu produk. Pengasasnya Dayang Kaltom Ibrahim yang mengesyorkan kepada saya.

“Kebetulan Dayang ni pangkat anak saudara saya, saya cubalah. Alhamdulillah produk ini sesuai dengan saya.

“Kalau ia sesuai dengan saya dan pada usia saya ini saya masih sihat, apa salahnya saya berkongsi dengan semua orang,” kata Uji Rashid.

Uji berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran produk Aura Anggun di Q Space Studio, Kajang baru-baru ini.

Aura Anggun dengan moto Sihat, Cantik dan Barakah itu mengeluarkan Kopi Aura, Teh Hijau Aura, Jus V Aura Anggun, Jus Delima Anggun, Jus Aura Minda, Jus Pati Anggun, Stem Cell Anggun, Seri 7 Pati Bunga Anggun dan pewangi janama Crystal.

Scan QR Code ini untuk lagu Merpati oleh Uji Rashid

Uji Rashid menjelaskan, anaknya Cico Harahap mengalami sakit misteri yang membuatkannya sukar bertutur sejak beberapa bulan lalu.

“Selain ubatan daripada doktor, saya juga memberinya minuman fiber keluaran Aura Anggun.

“Alhamdulillah keadaannya semakin baik dan pertuturannya semakin jelas kedengaran,” tambah Uji lagi.

Uji Rashid masih hot.