Penyanyi Datuk Sheila Majid menerima Anugerah Wirama pada AIM22 Ahad lalu. Panjang lebar berkajang-kajang teks ucapan Sheila yang menyentuh pasal dunia hiburan masa kini serta peringatannya kepada artis muda. Sangat  bernas.

Ratu Jazz itu juga turut berterima kasih kepada banyak pihak dalam membentuk kejayaannya bertahan sehingga hari ini. Cuma nama bekas suami, yang juga penerbit album terdahulunya, Roslan Aziz tidak disebut. Ia membuatkan netizen menegur Sheila kerana dilihat tidak menghargai jasa Roslan.