Kumpulan U. K’s mengimbau nostalgia lama menerusi lagu-lagunya melalui konsert minggu ini di RTM malam tadi.

Peminat yang datang ke Auditorium Perdana Angkasapuri tidak lepas peluang nyanyi bersama.

Amir juga kadang kadang mengajak penonton bernyanyi bersamanya lagu-lagu popular kumpulan itu.

Komen di Tweeter pula ramai yang imbau kenangan semasa lagu lagu mereka popular sekitar tahun 90-an.

Tak kurang juga yang puji suara penyanyi utamanya Amir yang masih tak berubah seperti dulu.

Semasa Amir turun bertanya kepada penonton, ada yang memberi tahu dia masih berusia 12 tahun.

U. K’s. mempersembahkan lagu lagu popular antaranya Pahit Akan Manis Akhirnya, Seksa, Di Sana Menanti Di Sini Menunggu, Kekasihku Di Menara, Untuk Apa dan banyak lagi.