Posting komposer terkemuka Datuk Ramli MS pasal sebuah stesen TV menawarkan bayaran RM300 untuk artis muncul dalam program malam raya mendapat sokogan artis tempatan.

Ada yang komen pada laman facebook Ramli serta tak kurang juga yang membuat perkongsian posting tersebut di laman sosial masing-masing.

“300 henget artis di bayar untuk malam raya TV program? Ni tahun 1972 ke? Kau sangat B*&^%$!!! Ko patut dibuang kerja or amik je bhangla2 kat pudu tu nyanyi untuk TV program ko!!!!
Tip dari saya untuk artis2 …kalau ada offer camni jawab kat produser tu… aku bagi ko 300 henget ko jangan call aku lagi ok. TQ.” itulah posting Ramli di Facebook pada 16 Jun lalu.

“Oh My God… (stesen) TV mana ni,” komen Adibah Noor.

Nurul Wahab pula memuatnaik  screenshot posting tersebut ke laman Instagramnya dengan memberitahu, itulah alasan mengapa wajahnya jarang sangat muncul di stesen televisyen.

Dalam masa yang sama Nurul memberitahu dia mendapat bayaran yang baik daripada Astro dan RTM. Antara artis yang turut membuat perkongsian termasuk Aremeer Sofaz, Zarul Umbrella, pemuzik serta peminat.

Pemuzik Mazli Hassan pula menambah dalam perkongsiannya; “Arwah (Datuk) Ahmad Jais pun ada bagi tau saya. Dulu ada TV panggil dia untuk menyanyi program pagi dalam 10 tahun lepas…pihak TV nak bayar RM200 je… Alasan nak promo…. Ahmad Jais kata “korang nyanyi Sendiri laa!!””..rayat Malaysia dah kenal dia..nak promo apa.”