Stesen TV AlHijrah buat pertama kalinya mengadakan program tanggungjawab sosial korporat 2016 di AlHijrah Big Studio, Cyberjaya. Program yang dikenali sebagai #SIHATWARRIOR merupakan salah satu program yang telah disusun sepanjang kempen ulang tahun keenam TV AlHijrah yang telah diraikan 1 Muharram 1438H lalu.

#SIHATWARRIOR menyaksikan hubungan kerjasama dan kemesraan terjalin di antara kakitangan TV AlHijrah dan komuniti setempat. #SIHATWARRIOR turut mendapat kerjasama sepenuhnya agensi-agensi kerajaan berdekatan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia, Tun Hussein Onn National Eye Hospital dan Pusat Darah Negara.

hijrah-2#SIHATWARRIOR dimulakan seawal jam 9.30 pagi dengan aktiviti senam ringan dan taklimat pengurusan stress oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah Tuan Haji Izelan Basar, penganjuran #SIHATWARRIOR bertujuan untuk memastikan kesihatan para pekerja dan komuniti berada di tahap yang optimum untuk melakukan amanah dan tanggungjawab seharian.

Urutan kaki oleh orang buta.
Urutan kaki oleh orang buta.

Tambahan, aktiviti seperti ini mampu merapatkan saf bersama kakitangan yang telah bertungkus lumus memerah tenaga dan keringat dalam memastikan siaran terbaik buat penonton.

Di samping itu, kakitangan dan komuniti setempat diberikan informasi, pendedahan serta nasihat tentang kesihatan yang pastinya memberikan maanfaat buat semua.

Kempen derma darah.
Kempen derma darah.

Antara pengisian program #SIHATWARRIOR ini termasuklah sesi pemeriksaan kesihatan, pameran pemeriksaan mata percuma, perkhidmatan refleksiologi, derma darah, sesi kaunseling dan banyak lagi.

Kemuncak, sesi townhall telah diadakan pada sebelah petang yang dipimpin oleh Tuan Haji Izelan Basar bagi mendapatkan pandangan serta cadangan kakitangan TV AlHijrah bagi memperkukuhkan organisasi itu.

Selain itu, kehadiran para personaliti TV AlHijrah memberikan peluang kepada komuniti untuk mengenali mereka dengan lebih dekat.

Sebahagian personaliti TV Al Hijrah.
Sebahagian personaliti TV Al Hijrah.