Penerbit filem romantik remaja, Dubai My Love, Tsar Asia melancarkan trailer filem tersebut sebagai rangka promosi awal filem yang dijangka ditayangkan kepada umum Okober depan.

Filem arahan Aidilfitri Mohamed Yunus itu membariskan pelakon muda iaitu Erwin Dawson, Putri Najuwa, Hanna Aqeela, Ben Ali, Fazreen Fazera dan ramai lagi. Trailer filem tersebut kini boleh ditonton di laman sosial.

Erwin Dawson hero DML

“Saya tidak menjadikan pelakon popular sebagai tarikan utama untuk filem ini kerana saya percaya kepada isi cerita dalam menjayakan sesebuah filem,” kata Aidilfitri semasa majlis pelancaran di Restoran Tajine, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Walaupun tidak berani meletakkan sasaran kutipan yang tinggi, namun pengarah itu berharap buah tangannya ini akan mendapatsambutan sebagaimana drama bersiri sentuhannya yang mendapat sambutan hangat sebelum ini.

Imbas QR Code ini melaui telefon pintar anda untuk menonton trailer Dubai My Love.
Pastikan anda muatnaik aplikasi QR Code Reader terlebih dahulu.

Aidilfitri ialah pengarah yang menjadikan drama bersiri Rindu Awak 200% mendapat sambutan menggalakkan. Dia juga pengarah drama Memori Pajeri Nenas.

“Saya kekalkan elemen romantik dalam filem ini, kali ini lebih mendalam dan saya percaya, ia mampu menyentuh emosi penonton,” kata Aidilfitri lagi.

Barisan pelakon utama.
Dubai My Love

Aidilfitri memilih Dubai kerana jalan ceritanya yang sesuai bila berlatarbelakangkan pemandangan yang menarik. Mereka juga mendapat kerjasama Dubai Tourism yang memudahkan proses menjalani penggambaran 80 peratus di negara Arab itu.

Antara tempat menarik yang ditampilkan seperti Burj Khalifa, Pantai Jumeirah, Atalantis The Palm, The Gold Souk, Dubai Marina, padang pasir Safari, Downtown Dubai dan banyak lagi.

Filem ini mengisahkan Amar yang membawa diri ke Dubai selepas perkahwinannya dibatalkan kerana pengantin wanita melarikan diri. Di sana dia bertemu dengan seorang wanita.  Semasa bersama wanita tersebut, wanita yang meninggalkannya dahulu muncul kembali di Dubai. Penerbit juga melancarkan OST berjudul Young Hearts nyanyian Nik Qistina.