Tom Hanks dan isteri Rita Wilson positif Covid 19 ketika berada di Australia kerana Rita ada beberapa siri konsert di beberapa bandar.

Hanks memuatnaik mengenai dapatan doktor yang mengesahkan mereka berdua positif lewat laman sosial Instagram semalam.

Jelasnya, dia perlu mengikuti prosedur yang ditetapkan serta pengasingan demi mengelak mereka bakal merebakkannya kepada orang lain.

Mereka juga berterima kasih di atas layanan baik yang diberikan semasa mendapatkan rawatan.

Semalam Hanks memaklumkan keadaan dan simpton dirinya dan Rita yang sejuk, keletihan dan demam berpanjangan.

Rata rata pengikut mendoakan mereka kembali sihat serta memuji tindakan peka mereka untuk mengasingkan diri.