Macam-macam hal berlaku di mahkamah ni ya. Nak bercerai pun ada kejadian pelik dilakukan. Al kisahnya seorang Hakim Syarie terkejut dengan permintaan seorang lelaki yang mahu seseorang yang duduk di galeri awam keluar semasa prosiding perceriannya bermula.

Nak tahu pasal apa? Lelaki itu dikatakan seorang bomoh Siam. Ini perkongsiang seorang hakim di laman sosial Facebooknya beberap ahari lalu.

Gambar hiasan sahaja.

Suami (Defendan): Yang Arif, sebelum kes ni diteruskan, saya mohon seseorang yang duduk di galeri awam dalam Mahkamah ini diarahkan keluar dan tidak dibenarkan mengikuti prosiding kes.

Kes ini sudah di peringkat laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Isteri (Plantif): Saya takĀ  setuju Yang Arif. Saya tahu siapa yang dimaksudkan oleh D tersebut. Dia kenalan keluarga saya.

Hakim: Kenapa kamu buat permohonan sebegitu?

Suami: (Dalam nada emosi): Dia bukan kenalan keluarga P. Dia BOMOH SIAM. Rumah tangga saya dan P porak-peranda disebabkan dia. Sebelum masuk mahkamah tadi saya nampak dia membacakan sesuatu sambil menghembus-hembus ke muka.

Itulah yang membuatkan Hakim tadi rasa macam nak tergelak. Katanya dalam hati: Daripada bomoh siam tu hembus muka P, baiklah dia hembus muka hakim yang kendalikan kes ni. Mana tahu kot-kot makin cantik dan gebu macam kulit orang Siam tu.

Macam macam hal kan?