Hari ini, zaman fitnah media sosial yang semakin menjadi-jadi ni, pelbagai jenis manusia muncul meluahkan pendapat tanpa memikirkan akibatnya. Apatah lagi kalau perkara yang disentuh itu bukan bidang yang dalam pengetahuannya.

Pengguna Facebook kaun nams Khun Farha dengan menggunakan gambar seorang wanita sebagai wajahnya menghentam wartawan kononnya sebagai kerja paling hina dan menyebar fitnah. Dia melontar komen dalam posting Facebook yang sharing berita kenyaatan pelakon Fahrin Ahmad berkaitan isu pelakon sensasi Fattah Amin yang tidak muncul di satu program TV walaupun dia sudah sampai di set.

“Ikutkan malas nak cemarkan dinding FB kita dengan anasir begini, tapi disebabkan akak ni rasa dia mulia sungguh, kita doakan kalau dia ada anak, anak dia jadi anak yang baik, doktor ke hakim ke, jangan jadi macam mak dia sibuk duk kecam kerja orang, makcik bawang sangat.

Ni nak cakap sikit, kami penulis surat khabar/ portal berdaftar ni wartawan bertauliah tau, ada tempoh percubaan lagi, akak ni kerja apa pun tak tau? Tunggu panggilan MCMC ya, nama akak dah tercalon sebagai penghina di muka bumi ini,” tulis wartawan akhbar Kosmo Tengku Suzana Raja¬† Hamat dalam laman Facebooknya hari ini.

Wartawan Mingguan Malaysia, Tengku Khalidah Tengku Bidin pula menulis: “Amboi, mulut dia. Bukan main eh. Saja, nak popularkan dia balik. Semoga rezeki dia diberkati dan dia dinaikkan darjat yang lebih mulia dengan menghina kerja orang macam ni. Elok juga, Bakal menjadi kajian kes dalam laporan persatuan kami kepada MCMC nanti. Khun Farha. Terima kasih ya sis yang cantik.”

Wartawan Astro Gempak, Fiza Kamaruddin pula menulis:

“Hello Khun Farha, semoga kata-kata awak tu balik ke muka sendiri!
Semoga Khun Farha muhasabah diri dengan cara berdiri di hadapan cermin sambil belek kecacatan dari hujung rambut sampai hujung kaki. Kalau Khun Farha rasa diri Itu sudah sempurna, Alhamdulillah.
Kalau belum, lempanglah muka sendiri nescaya Khun Farha akan sedar diri… Salam perkenalan.”