Atas permintaan ramai, The Actors Studio Seni Teater Rakyat akan mempersembahkan semula Teater Kandang sebagai sebahagian daripada ulang tahun ke-30 The Actors Studio.
Kandang sebuah adaptasi daripada karya asal George Orwell’s Animal Farm akan dipersembahkan dari 25 hingga 28 April 2019.
Arahan semula Omar Ali, pengarah yang pernah mempersembahkan teater ini pada
tahun 2017 bersama mendiang Tan Sri Muhammad Ali Hashim.

Melalui teater ini, Omar Ali telah memenangi Anugerah Pengarah Terbaik di Anugerah Kesenian BOH Cameronian
bersama tiga anugerah lain seperti Persembahan Terbaik 2017, Reka Bentuk Kostum Terbaik dan Pelakon Terbaik.
Kandang memaparkan nilai ketamakan kuasa dalam konteks serantau. Kisah ini turut memaparkan landskap kontemporari tempatan dan luar negara yang berkaitan dengan hal ehwal semasa.
Dianggap sebagai alegori zamannya pada tahun 1945, “Animal Farm” karya Orwell
adalah berkisar tentang politik Rusia di zaman pemerintahan Stalin. Ianya adalah satu simbolik yang sangat mendalam yang masih relevan kepada zaman sekarang.
Puncaknya adalah perkataan ‘Kandang’ sendiri, yang secara literal diterjemahkan ke dalam sangkar. Mengembalikan persembahan pada masa ini adalah masa terbaik ketika Malaysia menukar kerajaan yang baru pada tahun lepas.
Omar Ali dikenali sebagai seorang pengarah yang berkebolehan untuk
mengadaptasikan karya-karya Bahasa Inggeris ke dalam Bahasa Melayu dengan baik.

Karya beliau yang bertajuk Dato ‘Seri, diadaptasikan daripada karya asal William Shakespeare, iaitu The Tragedy of Macbeth yang juga mendapat sambutan baik pada tahun 2016.
Ashraf Zain yang memenangi anugerah Pelakon Terbaik dalam kategori watak utama sebagai “Tunggal” dalam produksi Kandang pada tahun 2017 akan kembali memainkan watak yang sama dan turut dibantu beberapa pelakon lama dan baru seperti Benedict Chin, Chloe Tan, Clarence Kuna, Coebar Abel, Endee Ahmad, Faez Malek, Joe Chin, Nabil Zakaria, Nik Waheeda, Oxford Tong, Riena Aisya, Rosheen Fatima dan Zul Zamir.
Kandang akan membuka tirai pada 25 April dan akan berakhir pada 28 April di Pentas 2, klpac dipersembahkan dalam Bahasa Melayu.

Sarikata Inggeris disediakan untuk semua
penonton. Layari laman web www.proticket.com.my untuk maklumat berkaitan tiket. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi 03 4047 9000, ataupun melalui Facebook the klpac.

Sinopsis

KANDANG adalah sebuah adaptasi novela George Orwell yang berjudul ‘Animal Farm’ ke dalam Bahasa Malaysia serta konteks budaya kepimpinan tempatan.
Adaptasi ini mengikuti jejak langkah sekumpulan haiwan ternakan di Ladang Jones yang berjaya mengusir keluar tuan ladang manusianya dan meraih kemerdekaan.

Namun, janji manis kebebasan dan kemakmuran terbukti janji kosong apabila mereka sendiri terjebak dengan pengkhianatan idealisme dalam bentuk korupsi dan kezaliman.

Pasukan Kreatif

Penerbit eksekutif: Dato’ Dr. Faridah Merican
Pengarah Artistik: Joe Hasham OAM
Penerbit: Rosheen Fatima
Pengarah & Adaptasi: Omar Ali
Adaptasi: Allahyarham Tan Sri Muhammad Ali Hashim
Scenographer: Yusman Mokhtar
Pengarah Pergerakan: Ho Lee Ching
Pereka Bunyi: Khairil Imran
Pengarah Muzik: Coebar Abel


Pelakon
1. Ashraf Zain (Tunggal/ Napoleon)
2. Rosheen Fatima (Bintaga/ Snowball)
3. Joe Chin (Gading/ Squealer)
4. Faez Malek (Jalak)
5. Clarence Kuna (Balau/ Boxer)
6. Nabil Zakaria (Bajak/ Clover)
7. Nik Waheeda (Pendek/ Muriel)
8. Zul Zamir (Markus/ Old Major)
9. Benedict Chin (Taikonang/ Mr. Pilkington)
10. Chloe Tan (Tengkujuh/ Mr. Whymper)
11. Oxford Tong (Tuan Jones/ Mr. Jones)
12. Riena Aisya
13. Endee Ahmad (Santai/ Benjamin)
14. Coebar Abel (Sudu)

Harga tiket dijual pada RM80 (VIP), RM60 (Standard), RM50 (Ahli Kad TAS, Senior), RM40 (OKU & Pelajar)
Box Office Hubungi 03 4047 9000 (klpac) atau 03 7880 7999 (Pro Tiket)
Beli secara talian melalui https://proticket.com.my/