Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) sudah mengenalpasti tapak pembinaan sekolah perfileman yang akan dibangunkan di Slim River, Perak. Demikian kata Pengerusinya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib.

Mohd. Khairudiin
Mohd. Khusairi Abdul Talib, Pengerusi Finas

Khusairi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Slim berkata, nama pusat pengajian ilmu perfileman itu belum diputuskan lagi. Namun ia tidak akan bertindan dengan sekolah berkaitan perfileman yang sudah ada.

“Sekolah ini menjurus kepada pengajian persijilan berkaitan kerja belakang tabir seperti jurusolek, krew, stuntman, jurukamera, pengurusan penggambaran dan sebagainya.

“Penubuhan sekolah ini daripada usul pihak Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima) dan Finas ¬†menjadi orang tengah sahaja.

IMG_20160222_22767“Saya ingin memberitahu, penubuhan sekolah ini bukan daripada tabung Finas, sebaliknya bajet daripada kerajaan pusat,” kata Khusairi.

Khusairi ditemui selepas merasmikan sambutan Majlis Malam Muhibbah Tahun Baru Cina 2016 di Slim River, Perak semalam.

IMG_20160222_35831Majlis yang berlangsung di sebuah sekolah jenis kebangsan Cina di DUN tersebut, dihadiri lebih 2,000 masyarakat setempat berbilang kaum.

Pada majis itu juga diadakan acara menggaul yeesang terpanjang melibatkan 600 orang. Pengunjung juga dihiburkan oleh barisan artis popular di kalangan masyarakat Cina.

Khusairi juga berharap penubuhan sekolah tersebut akan memanfaatkan keperluan industri terhadap pekerja belakang tabir.

Ia terbuka kepada pelajar lepasan SPM yang tidak mampu melanjutkan pengajian ke mana-mana dan mempunyi minat dalam bidang perfileman. Mereka juga bakal membuka peluang kepada pekerja perfileman sedia ada untuk mendapat ilmu perfileman secara formal.

“Ia terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia, Slim River tak jauh sangat daripada ibu negara, tak sampai sejam pemanduan pun,” katanya lagi.