Dua orang anak Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin iaitu Jeffrey Jins dan Hang Tuah @ Shazrin menang samannya terhadap adik, Putera Hang Jebat.

Mahkamah Tinggi Shah Alam membuat kepusannya hari ini. Ini betmakna mereka mendapat balik tanah itu.

Mereka memfailkan saman terhadap Putera Hang Jebat atas dakwaan memalsukan dokumen surat wakil sebidang tanah seluas 0.265 hektar yang terletak di Kampong Pasir, Gombak.

Hang Tuah @ Shazrin, atau nama sebenarnya Hang Tuah @ Shazrin Mohamed Jin memuatnaik berita kemenangannya di laman Facebook hari ini.

Tanah itu dijual dengan harga RM2.75 juta pada 2015 kepada seorang individu iaitu Barakatul Kamaria Ahmad yang turut dinamakan sebagai defendan ketiga.

Tanah ini dijual tanpa pengetahuannya. Perkara itu terbongkar apabila dia membuat semakan status tanah di Pejabat Tanah dan Galian Gombak pada 2015.

Dia dimaklumkan, tanah itu sudah dijual kepada individu lain dan mengesyaki penjualan tanah itu menggunakan tanda tangan palsu arwah. Sedangkan arwah disahkan menghidap penyakit Alzheimer pada 2011. Mustahil arwah boleh menurunkan tanda tangan dengan kemas.

Sehubungan itu, Jeffry dan Tuah membuat laporan polis masing-masing pada 31 Ogos 2017 dan 5 September 2017.