Bila bergelar ibu tunggal ni, antara dugaannya ialah godaan lelaki yang mahu cuba-cuba. Penyanyi Syura macam mana pula?

Syura masih selesa bersendiri.
Syura masih selesa bersendiri.

Syura akui dia juga didatangi lelaki yang mahu mendekatinya, apatah lagi dia masih muda.

“Saya tak nafikan ada juga lelaki yang mahu mendekati saya, tapi saya tak ambik serius kerana sekarang ini saya mahu tumpu pada kerja dan anak-anak.

“Bukannya saya serik berkahwin lagi. Saya tak menolak jodoh, malah kalau ditakdirkan saya kembali kepada bekas suami pun, saya tak menolak. Tapi sekarang ini saya selesa dengan hidup macam ni.

“Saya akui, struggle juga mula mula nak berdikari, selama ini ada orang di sisi, tiba-tiba tak ada… memang payahlah.

Berdikari sejak kecil.
Berdikari sejak kecil. 

“Tapi saya ni seorang yang berdikari. Sejak umur sembilan tahun lagi saya dah bantu keluarga (menyanyi), saya boleh laluinya,” kata Syura.

Syura kini sedang menjayakan pementasan Gemilang Tanah Permata, sebuah persembahan ghazal dan zapin Johor di Istana Budaya.

Persembahan akan berakhir malam ini. Bagi yang mahu menonton boleh menempah tiket di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

“Bukanlah selepas menjanda barulah saya bebas menyanyi… sebenarnya selapas menyertai Master Chef Celebrity dulu lagi saya kembali mendapat undangan menyanyi,” katanya lagi.