Tiba-tiba sahaja nama Syura disebut sebut antara yang dipilih untuk menyertai Gegar Vaganza 3. Betul ke?

Sebenarnya belum ada pun nama-nama yang disahkan, tapi sebab program itu ada ramai peminat banyak pulak spekulasinya.

“Saya tak tahu… saya pun tak dapat apa apa maklumat daripada Astro pasal itu,” kata Syura bila namanya dikaitkan.

Syura masuk GV3?
Syura masuk GV3?

Namun semestinya peluang itu dia tak akan tolak. Apatah lagi melihat rakan rakan lain yang kembali melonjak nama selepas selesai program.

“Saya bangga dengan rakan saya Siti Nordiana yang menjuarainya musim lalu.

“Sebenarnya populariti Nana dalam Gegar Vaganza tu terpalit juga kepada saya. Peminat tahu sebelum ini saya dan Nana kerap bersama, jadi bila nama Nana disebut-sebut kembali ada yang secara langsung mengingati saya,” kata Syura.

Mereka sebelum ini bernaung di bawah bumbung FMC dan pernah hasilkan album tradisional secara duet berjudul Firus tidak lama dulu.