Ada yang membuat jangkaan kerjaya pelakon Syafiq Kyle akan terjejas selepas terpalit kontroversi hangat tersebarnya video kurang senonoh.

Namun pemeran watak Ustaz Adam dalam drama Nur itu terus dihujani tawaran. Dia sedang meneliti banyak tawaran.

Syafiq bersyukur kerana namanya masih terus mendapat permintaan daripada penerbit dan pengarah drama walaupun pernah terpalit kontroversi negatif.

Malah populariti dan penerimaan penonton terhadap drama bersiri  Nur membuatkan namanya terus diingati. Populariti watak Ustaz Adam dalam drama tersebut serta mutu terbaik yang dilabelkan membuatkan dia juga menjadi selektif dalam menerima tawaran.

“Memang tawaran masih banyak yang di terima, dan semestinya Syafiq sedang memilih drama yang mempunyai watak yang terbaik,” kata pengurusnya Shawn Amer.

Projek terbaharu yang menampilkannya ialah sebuah telemovie Karma Cinta arahan Erma Fatima yang akan menjalani penggambaran di London hujung bulan ini.

Filem lakonannya Langsuir pula akan di tayangkan tidak lama lagi. Sekali lagi dia digandingkan dengan Hanna Delisha.

“Alhamdulillah rezeki tidak pernah putus walau timbul kontroversi sebelum ini,” kata Syafiq.

Syafiq juga bersyukur kerana dirinya terus diterima selepas harungi kontroversi baru-baru ini. Dia mahu lupakan cerita itu dan mahu fokus kepada kerja.