Lagu Sumpah nyanyian Naim Daniel menepati ramalan peminat apabila diangkat sebagai Juara Lagu ke 34 malam tadi.

Lagu ciptaannya bersama Omar K itu membolehkan mereka bawa pulang RM50, 000 beserta hadiah lain.

Naim Daniel

Tempat Kedua dimenangi Aman RA dengan lagu Budak Flat. Dia dan rakan pencipta bawa pulang RM35, 000.

Tempat Ketiga dengan hadiah RM20, 000 dimenangi oleh Hael Hussaini dan Ezra Kong dengan lagu pupular nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza, Anta Permana. Tapi lagu itu dipersembahkan oleh Bob Yusuf. Siti hanya muncul khas di akhir persembahan.

Hafiz Suib menang persembahan terbaik dan vokal terbaik menerusi lagunya Kisah Cinta Kita ciptaan Tam dan lirik Datuk A. Aida. Setiap kategori menyertakan wang tunai RM12, 000 dan trofi.

Anugerah Juara Lagu diadakan di Axiata Arena dengan Awal Ashaari, Sherry Alhadad dan Haziq HotFM sebagai pengacara.