Setelah sekian lama menyepi dari industri tanpa sebarang single terbaru, kini kumpulan Nasyid terkenal tanah air Hijjaz akan kembali dengan lagu Sumayyah yang diberi nafas baru.

Lagu itu digubah semula dengan rentak baru yang lebih rancak seiring dengan perkembangan industri kini.

Yang lebih istimewa, nyanyian semula lagu Sumayyah itu akan dinyanyikan bersama penyanyi pop lelaki terkenal tanah air, Tomok.

Mereka bersama-sama dalam pembikinan semula lagu ini untuk memberi kelainan pada Sumayyah yang “baru” ini.

Semestinya ia wajib anda dengar kerana melodinya yang merdu sangat memikat telinga yang mendengar dan pasti akan menjadi siulan rakyat Malaysia.

Pembikinan lagu ini telah ditaja sepenuhnya oleh Sisfel melalui program Sisfel Mencari Sumayyah.

Ia satu pencarian model klip video untuk menjadi “Sumayyah”. Modelnya akan diumumkan pada 14 November ini di Grand Finale Sisfel Mencari Sumayyah bertempat Garden Palace D’ Saji, Tasik Titiwangsa.